BORANG PENDAFTARAN WAKIL JUALAN

BORANG PENDAFTARAN WAKIL JUALAN



Persada Global Holidays Sdn Bhd (PGH) merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera Muslim yang memiliki lesen dan Kementerian Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk mengendali dan mengurus perkhidmatan Haji dan Umrah bagi jemaah Malaysia , Singapura , Thailand , Brunei dan Indonesia . 

PGH memahami kehendak para jemeah dengan menyediakan pakej-pakej yang memenuhi keperluan dan kemampuan pelbagai lapisan masyarakat. D samping itu PGH turut menawarkan pakej-pakei pelancongan luar dan dalarr negara yang mesa Muslim. PGH turut menyediakan perkhidmatan tempahan tiket penerbangan dan lain-lain

Berteraskan motto "Exclusive Journey Selection" PGH lebih fokus menawarkan Klien pengalaman yang berharga dan menyelami budaya tempatan setiap pelusuk tempt yang dilawati. Bukan sekadar lokasi yang wajib dikunjungi, malah lokasi yang dapat memberikan kenangan yang indah dengan harga yang berpatutan, selesa dan menepati citarasa klier dengan nilai tambah eksklusif.








TERMA DAN SYARAT WAKIL JUALAN 

SILA BACA DAN FAHAMI TERMA DAN SYARAT DENGAN TELITI) 

  1. Wakil Jualan adalah individu yang mewakili Persada Global Holidays  untuk tujuan promosi dan pengurusan tempahan. Pelanggan adalah individu yang mendaftar sebagai pembeli kepada wakil jualan.
  2. Yuran pendaftaran sebagai wakil jualan  adalah percuma.
  3. Wakil jualan perlu komited, bersungguh, jujur, amanah dan berhasrat ingin meningkatkan taraf kehidupan wakil jualan.
  4. Wakil jualan perlu mengisi borang pendaftaran. Segala butiran wajib diisi dengan maklumat yang tepat dan sahih. Setelah borang dihantar, pihak Persada Global Holidays akan membuat Perakuan dan Pengesahan bahawa anda adalah wakil jualan yang SAH dan layak mendapat insentif (komisen) yang ditetapkan. Sekiranya anda memberi maklumat yang palsu, pihak pengurusan akan menolak permohonan anda tanpa sebarang alasan.
  5. Wakil jualan Persada Global Holidays yang berdaftar secara sah akan mendapat NOMBOR KOD wakil jualan (Contoh: EHQ1001) sebelum memulakan sebarang aktiviti promosi produk Persada Global Holidays
  6. Wakil jualan yang berdaftar juga akan dimasukkan ke dalam kumpulan sokongan jualan melalui aplikasi Whatsapp bagi memudahkan urusan penerimaan maklumat daripada pihak pengurusan.
  7. Mana-mana wakil jualan Persada Global Holidays bebas menjalankan strategi pemasaran dan promosi sendiri, di mana semua alat bantu promosi seperti maklumat produk, risalah, ‘banner’, bunting dan sebarang butiran yang diperlukan untuk tujuan pengiklanan akan dibekalkan oleh syarikat.
  8. Kos bahan promosi adalah ditanggung oleh wakil jualan. Wakil jualan mestilah membuat tempahan kepada syarikat mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
  9. Wakil jualan bertanggungjawab ke atas pengambilan bahan promosi.
  10. Mana-mana wakil jualan yang berdaftar bebas menjalankan aktiviti jualan dan promosi dimana-mana sahaja tanpa sebarang had kawasan pemasaran.
  11. Segala gambar dan video promosi serta contoh ayat ‘copywriting’ boleh dirujuk sendiri di pelbagai laman sosial atau laman web rasmi Persada Global Holidays.
  12. Wakil jualan TIDAK DIBENARKAN sama sekali mengubah harga jualan seperti yang ditetapkan oleh syarikat.
  13. Setiap wakil jualan Persada Global Holidays wajib menjaga imej produk PGH, jenama dan juga nama syarikat.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti
Pendaftaran Ejen PGH
JUMLAH

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN



Maklumat Peniaga

PERSADA GLOBAL HOLIDAYS SDN BHD
sales@persadaglobalholidays.com
+60129806949
PM untuk pakej